Thursday, September 10, 2009

TIPS UNTUK CERIA DAN GEMBIRA SELALU...=)

Setiap hari kita mempunyai bermacam-macam kekangan dan masalah yang perlu kita tempuhi, oleh yang demikian pelbagai perasaan akan timbul seperti marah, gelisah dan lain-lain emosi. Oleh itu, gembira adalah salah satu cara untuk mengembalikan semula perasaan yang normal pada setiap orang itu, di sini kami ada menyatakan beberapa tips sebagai panduan kita semoga kita dapat menjalankan aktiviti harian kita dengan penuh perasaan gembira dan ceria...insyaAllah...=)

1. Jadilah orang yang ‘kuat dan teguh’ hingga tiada satu pun yang mampu mengganggu kedamaian jiwa serta minda anda.
2. Bercakaplah tentang kesihatan,kegembiraan dan kemakmuran dengan setiap orang yang anda temui.
3. Membuat sesiapa sahaja – baik kawan,jiran mahupun kenalan baru – merasakan ada sesuatu yang istimewa dalam diri mereka.
4. Hanya memikirkan yang terbaik,kerja untuk mendapatkan hasil yang terbaik dan cuma mengidamkan yang terbaik
5. Menjadi orang yang begitu seronok dan ghairah dengan kejayaan orang lain seolah-olah kejayaan itu adalah kejayaan anda juga.
6. Melupakan kesilapan lalu dan menjadikannya azimat untuk mencapai kejayaan gemilang pada masa hadapan.
7. Sentiasa ceria dan melemparkan senyuman apabila bertemu dengan sesiapa sahaja.
8. Peruntukkan sebanyak masa untuk membetulkan dan meningkatkan potensi diri hingga anda tidak punya masa untuk mengkritik orang lain

Semoga apa yang kami nyatakan di sini dapat anda praktikkan dalam kehidupan anda seharian...=)

Friday, September 4, 2009

GEMBIRAKANLAH HARIMU =)

IMPLIKASI TERHADAP KEHIDUPAN PELAJAR =)




Apa yang kami dapat rungkaikan dan kongsikan di sini ialah GEMBIRA adalah satu perasaan yang penting dan perlu ada bagi seseorang yang mempunyai akal yang waras. Ini adalah kerana selain daripada dapat mewujudkan kedamaian di dalam diri sendiri perasaan GEMBIRA juga memberi impak dalam keharmonian masyarakat dan negara lebih-lebih lagi kepada seorang yang bergelar pelajar.

Perasaan ini amat diperlukan oleh seorang pelajar untuk mencapai kejayaan. ini adalah kerana pada kebiasaannya pelajar akan merasa tertekan dengan kehidupannya sebagai pelajar misalnya apabila mendapat sesuatu tugasan yang banyak dan perlu disiapkan oleh pelajar tersebut dalam jangka masa yang singkat. Ini akan memberikan tekanan kepada pelajar tersebut. Oleh itu, disaat inilah perasaan GEMBIRA perlu memainkan peranan bagi mengurangkan tekanan kepada pelajar tersebut.

Pada kebiasaannya pelajar yang belajar dalam keadaan yang riang dan GEMBIRA lebih menampakkan kefahaman yang lebih berbanding dengan pelajar yang pasif. ini adalah kerana pelajar tersebut akan mengikuti apa yang diajarkan oleh guru dengan terperinci.

Oleh yang demikian, kami dapat huraikan di sini bahawa perasaan GEMBIRA adalah amat penting bagi setiap individu khasnya individu yang bergelar pelajar kerana masa depan mereka akan terjamin apabila kejayaan pada peringkat awal sudah dicapai dengan cemerlang.

PELAJAR YANG BERJAYA ADALAH PELAJAR YANG SELALU BERSEDIA DAN TENANG DALAM MENGHADAPI DUGAAN DAN CABARAN...OLEH ITU, MARILAH KITA PRAKTIKKAN NILAI KEGEMBIRAAN DALAM DIRI KITA...=)

Ku Seru, Ayuhlah para sahabat kita bergembira =)

Nyanyikanlah...=)


KALAU RASA GEMBIRA TEPUK TANGAN...=)

Kalau rasa gembira tepuk tangan...(2x)
Kalau rasa gembira dan ingin menunjuknya
Kalau rasa gembira tepuk tangan

Kalau rasa gembira hentak kaki...(2x)
Kalau rasa gembira dan ingin menunjuknya
Kalau rasa gembira hentak kaki

Kalau rasa gembira petik jari...(2x)
Kalau rasa gembira dan ingin menunjuknya
Kalau rasa gembira petik jari

Kalau rasa gembira pukul peha...(2x)
Kalau rasa gembira dan ingin menunjuknya
Kalau rasa gembira pukul peha

Kalau rasa gembira sebut HURRAY...(2x)
Kalau rasa gembira dan ingin menunjuknya
Kalau rasa gembira sebut HURRAY

Kalau rasa gembira buat semua...(2x)
Kalau rasa gembira dan ingin menunjuknya
Kalau rasa gembira buat semua.

Indahnya Kegembiraan =)

Cara Mempraktikkan Rasa Gembira =)

1.Memperkenalkan istilah gembira dan definisinya (KBKK: Membuat generalisasi)

- Gembira adalah apa yang kita rasa apabila kita suka tentang sesuatu atau bila
kita seronok membuat sesuatu.

2.Menunjukkan gambar-gambar berbagai emosi (KBKK: Mengklasifikasi)

- (Minta murid memilih gambar tentang kegembiraan.) Adakah bila gembira rasa
seronok atau tidak di dalam? (tunjukkan ke hati)

3.Memberi contoh-contoh situasi yang biasa menyebabkan orang gembira
(KBKK: Menghubungkait)

- Kita rasa gembira kerana banyak sebab. Kita gembira bila mengunjungi tempat
yang kita suka atau inginkan, bermain dengan kawan-kawan, dapat hadiah
yang menyeronokkan, dll

4.Minta murid-murid bercakap tentang masa mereka gembira
(Kecerdasan kognitif & afektif)

- Siapa nak ceritakan masa dia rasa sungguh gembira? (pilih beberapa orang)

5.Memodel dan melabel perasaan dalam kumpulan (KBKK: Penaakulan)

- Lihat gambar-gambar orang yang sedang gembira. Kenapa mereka rasa gembira?

6.Membuat wajah gembira (Kecerdasan psikomotor)

- Mari kita berlatih merasa gembira. Mula-mula, fikirkan perkara yang membuat
anda gembira. Tunjukkan wajah gembira anda sambil mengingat perkara itu.
Angkat tangan anda untuk menunjukkan anda rasa sungguh gembira.
Rasakan keseronokannya dalam hati anda. Anda terasa sungguh gembira.

7.Menyebut, mengeja dan menyanyikan “Bila rasa gembira” (Behavioris)

- Sekarang anda rasa sungguh gembira. Semua sebut “gembiranya” (banyak kali).
Dan sekarang kita akan mengeja perkataan gembira bersama-sama. Sebut gembira
dan eja sekali. Sebut “Saya rasa SUNGGUH gembira” “Saya rasa gembira bila
saya bermain dengan kawan-kawan” Saya rasa gembira bila.......(minta
seorang murid nyatakan masa dia gembira, yang lain mengikut) dan seterusnya.

8.Aktiviti menulis “Saya rasa gembira bila .............” (kognitif dan pengekalan)

- Anda tulis “Saya rasa gembira bila............” untuk berapa situasi yang
anda suka, dan anda boleh lukiskan masa gembira itu. (untuk pelajar yang
lemah, sediakan aktiviti padanan saya rasa gembira bila..... dengan
keadaan-keadaan yang tertentu dan gambar-gambar yang sepadan)

Perasaan Gembira... =)

Gembira adalah apa yang kita rasa apabila kita suka tentang sesuatu atau bila kita seronok membuat sesuatu.

15 fakta dan implikasi menarik tentang GEMBIRA =)

1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupaya menceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Justeru, tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa.
Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' .

9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

PENGENALAN GEMBIRA... =)

Mampukah anda senyum atau ketawa walaupun anda dalam kesedihan?
Tentu sukar rasanya untuk berbuat demikian. Jika anda mampu , tentu ada orang di sekeliling akan mengganggap anda seorang yang "superperson".Tahniah!!
Bersedih tentu saja dibolehkan tetapi janganlah berterusan bersedih dan menangis sehingga memudaratkan kesihatan.

Cuba amati antara wajah orang yang sentiasa ceria dan wajah orang yang sentiasa murung dan perhatikan juga mereka yang sentiasa tersenyum dan mereka yang tak pernah senyum ataupun payah untuk senyum apalagi untuk ketawa. Tentu sekali anda dapat melihat perbezaan. Wajah mereka yang ceria, sering tersenyum dan ketawa tentu sekali kelihatan berseri-seri dan tidak keterlaluan jika dikatakan nampak muda dari usianya yang sebenar.

Ada sesetengah dari kita bernasib baik kerana dianugerahkan 'wajah senyum' yang mana kalau dia marah sekalipun masih kelihatan seperti tersenyum. Antara contoh artis bollywood yang berwajah senyum ialah "Rani Mukherjee". Memang sukar mencari wajah begini dan jika anda mempunyai wajah sedemikian anda adalah satu dalam sejuta.

Cuba anda perhatikan orang yang dilanda masalah misalnya dan ditambah pula hidupnya tak pernah putus ditimpa pelbagai masalah. Tentu sekali wajahnya kelihatan murung, berserabut dan nampak tua dari usia sebenar. Jika demikian tidak boleh kah kita bersedih dan menangis?
Tentu sekali boleh tetapi perlu ada tempohnya. Pada ketika kita bersedih, menangislah sepuas hati dan bersedihlah semahunya. Mungkin seminggu, dua minggu atau sebulan anda berada dalam keadaan demikian dan selepas itu anda perlu berbuat sesuatu bagi meneruskan hidup.

Seseorang yang dapat menerima dirinya sakit dan hidup sememangnya ada masalah lalu menerima keadaansedemikian dengan tenang dan masih mampu tersenyum sebenarnya mempunyai tindak balas lebih baik terhadap rawatan yang diberikan.