Friday, September 4, 2009

IMPLIKASI TERHADAP KEHIDUPAN PELAJAR =)




Apa yang kami dapat rungkaikan dan kongsikan di sini ialah GEMBIRA adalah satu perasaan yang penting dan perlu ada bagi seseorang yang mempunyai akal yang waras. Ini adalah kerana selain daripada dapat mewujudkan kedamaian di dalam diri sendiri perasaan GEMBIRA juga memberi impak dalam keharmonian masyarakat dan negara lebih-lebih lagi kepada seorang yang bergelar pelajar.

Perasaan ini amat diperlukan oleh seorang pelajar untuk mencapai kejayaan. ini adalah kerana pada kebiasaannya pelajar akan merasa tertekan dengan kehidupannya sebagai pelajar misalnya apabila mendapat sesuatu tugasan yang banyak dan perlu disiapkan oleh pelajar tersebut dalam jangka masa yang singkat. Ini akan memberikan tekanan kepada pelajar tersebut. Oleh itu, disaat inilah perasaan GEMBIRA perlu memainkan peranan bagi mengurangkan tekanan kepada pelajar tersebut.

Pada kebiasaannya pelajar yang belajar dalam keadaan yang riang dan GEMBIRA lebih menampakkan kefahaman yang lebih berbanding dengan pelajar yang pasif. ini adalah kerana pelajar tersebut akan mengikuti apa yang diajarkan oleh guru dengan terperinci.

Oleh yang demikian, kami dapat huraikan di sini bahawa perasaan GEMBIRA adalah amat penting bagi setiap individu khasnya individu yang bergelar pelajar kerana masa depan mereka akan terjamin apabila kejayaan pada peringkat awal sudah dicapai dengan cemerlang.

PELAJAR YANG BERJAYA ADALAH PELAJAR YANG SELALU BERSEDIA DAN TENANG DALAM MENGHADAPI DUGAAN DAN CABARAN...OLEH ITU, MARILAH KITA PRAKTIKKAN NILAI KEGEMBIRAAN DALAM DIRI KITA...=)

No comments:

Post a Comment